Register SEKARANG untuk menangi Shawl Pleated
Fesyen Hijab Terkini Yang Anda Mesti Cuba

 

Assalamualaikum & Hai Semuaaaaa Hijabistaaaaa!! 

JUM Wardahku nak ajak anda semua kenali TREND HIJAB TERKINI DI MALAYSIA.

 

  1. Turki Style

Style ni bukan sahaja untuk bakal pengantin tau! Sesuai juga hijabis pakai Ketika bercuti di tepi pantai, malah, di tengah bandar pun sesuai. Kalau rasa-rasa nak wajah kelihatan serupa Wanita Turki, boleh kenakan dengan lens mata berwarna kehijauan atau kebiruan.

Confirm Cantik!

Turki Style ni macam mana? Bawal yang diikat di bahagian belakang, dan singkat dibahagian belakang dan depan. Jika shawl pula, tak semestinya kena menyarungkan pashmina. Sekarang macam-macam dah tau. Boleh gunakan shawl anda untuk gayakan ala-ala pashmina.

  1. Tieback shawl

Antara yang menjadi kegilaan hijabis masa ini. TIEBACK lebih menyerlahkan wajah si pemakai. Memang ONZ lah kan! Tieback juga mudah digayakan. Tali dibahagian bawah kepala diikat dan selempang sahaja. Bole tambahkan aksesori seperti anting-anting dan rantai simple.

Memang terletak dan secure sebab dah diikat dibelakang dan penggunaan jarum peniti yang paling minimum.

Pakai warna pastel mesti lagi ONZ. Kalau nak tahu warna hijab apa yang sesuai dengan warna kulit anda semua, jemput baca previous sharing kami di Tips Pilih Warna Hijab Ikut Tona Kulit https://www.wardahku.com/tips-pilih-warna-hijab-ikut-tona-kulit-

  1. Tudung Sarung

Jangan ingat tudung sarung ni tak STYLE tau! Tudung yang paaaaaaaling mudah dipakai, sarung je siap dan cantik. Bukan mak-mak je tau pakai tudung sarung ni. 

Sekarang dah ada baaaaanyak pattern dan warna-warna menarik. Antaranya yang ada di website Wardahku. Hijab Taya Beads. Ada EMPAT color series. Berfabrik moss crepe lagi. Confirm awning tudung naik terletak dan cantik. Bidang 45’ juuust nice!

 

  1. Turban

TURBAN! Jika anda berani dan mahukan kelainan, boleh cuba gayakan style turban versi muslimah. Gaya ini juga terkenal kerana bukan pemakai hijab sahaja yang menggayakan gaya ini malah mereka yang bukan berhijab juga turut menggayakan style ini di seperti di pagi raya, kenduri-kendara.

Turban boleh dibentuk dengan kain selendang / shawl pelbagai fabrik. Cotton, cotton jersey atau chiffon, pleated juga boleh. Supaya turban tersebut lebih bertahan, terletak dan tidak mudah tertanggal. 
 

Mana nak cari shawl yang berfabrik macam yang Wardahku beritahu tu. 

Heee boleh cuci mata di https://www.wardahku.com/ untuk pilih warna, fabrik shawl tau! Mudah.

 

INFO! Fabrik licin seperti satin atau silk kurang sesuai kerana turban akan mudah tercabut sebab licin.

 

"Fashion is like eating, you shouldn't stick to the same menu.” —Kenzo Takada

Setiap style / trend hijab boleh digayakan di pelbagai acara. Digayakan dengan rasa KONFIDEN! Hak Anda untuk menggayakan hijab anda sendiri. Mana tahu kalau-kalau anda boleh reka STYLE BARU!

 

Salam Harmoni dari Wardahku!