Rata-rata fesyen pakaian muslimah moden yang didapati sama ada di pusat membeli-belah atau di atas talian kebanyakannya agak formal dan lebih sesuai untuk dipakai ke pejabat. Di manakah tempat untuk wanita yang ingin menggayakan pakaian casual wanita muslimah pula?
Semuanya ada di butik Wardahku! Koleksi t shirt lengan pendek dan t shirt lengan panjang kami sesuai untuk muslimah moden yang inginkan fesyen yang lebih kasual.
Pilihlah warna yang anda suka - koleksi t shirt kami penuh dengan pelbagai warna, sesuai untuk dipadankan dengan apa saja skema warna mengikut citarasa anda pada hari itu! Oleh kerana t shirt kami tidak bercorak, ia lebih mudah untuk digayakan oleh wanita pelbagai umur, saiz dan bentuk tubuh.
Stail t shirt kami boleh didapati juga dalam kolar polo. Padankan dengan seluar jeans, skirt labuh, mahupun seluar slacks untuk tampil dengan gaya kasual tetapi kemas. Semestinya koleksi kami menggunakan fabrik kapas yang ringan dan mendinginkan, sesuai untuk cuaca panas di Malaysia!
Selain daripada koleksi t shirt lengan pendek dan t shirt lengan panjang kami yang amat popular di laman web ini, pelanggan kami juga gemar dengan pilihan kain ela di Wardahku. Dengan fabrik dull satin matte yang lembut, ia sesuai untuk dijahit sebagai baju pakaian harian, pakaian formal, mahupun hiasan rumah. Terdapat juga kain ela kami yang tidak licin atau terlalu berkilat - sesuai dengan gaya pakaian casual wanita muslimah.
Tidak terlupa juga koleksi hijab serta kain telekung dan ihram kami. Kain ihram untuk kaum lelaki yang ingin menunaikan haji atau umrah dibuat daripada 100% kapas, manakala telekung kami direka dengan kapas atau renda yang tidak perlu diseterika. Koleksi hijab kami juga datang dalam pelbagai fesyen, fabrik dan warna.
Tahukah anda bahawa ia lebih menjimatkan jika anda membeli pakaian kami secara online di laman web Wardahku jika berbanding dengan membeli di landasan e-pasaran yang lain? Kami juga dapat memastikan kualiti pesanan anda dijamin dan dijaga dalam proses penghantaran hinggalah ke pintu rumah anda. Ini janji perkhidmatan kami di Wardahku!
Jadi, jika anda seorang muslimah moden yang ingin membeli fesyen terkini di butik pakaian muslimah online; anda tidak perlu lagi susah mencari jenama yang mahal di luar sana. Di butik online Wardahku, kami bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis pakaian casual wanita muslimah, malah harga pakaian kami juga tiada tandingan! Belilah secara langsung di laman web kami untuk mengetahui katalog penuh kami, serta menikmati potongan harga yang menarik.