Register SEKARANG untuk menangi Shawl Pleated
PUTUS BEKALAN AIR? JANGAN PANIK.

 

Assalamualaikum & Hai Semuaaaaa Hijabistaaaaa!! Hari ini, satu topik yang hangat, kerap berlaku di negeri Selangor. Ketiadaan bekalan air memang haru-biru. Hahaaha. Pentingnya air dalam hari-hari kita semua.

 

Gangguan bekalan air boleh melumpuhkan aktiviti setempat sesebuah komuniti. Seperti yang terdekat dengan kita, keluarga. Memasak, mandi, mencuci semuanya perlukan air yang mencukupi.

Bekalan air terganggu tak semestinya disebabkan kekurangan sumber. Kadang-kadang boleh berpunca daripada pencemaran daripada pembuangan sisa toksik, masalah teknikal di Loji Rawatan air, paip pecah dan banyak lagi kemungkinan yang lain.

Photo by Yogendra Singh from Pexels

 

Seperti yang viral di negeri Johor tahun ini, isu Sungai Kim Kim. Siasatan mendapati air sungai itu berwarna hitam selain mengesan bau busuk. Penduduk sekitar panic dan hilang bekalan air bersih untuk beberapa minggu.

#FYI! Johor merupakan antara negeri yang mempunyai bilangan sungai tercemar yang paling banyak di Malaysia.

Selain Sungai Kim Kim, ada lagi kes di Johor, iaitu si Selat Tebrau. Hidupan laut di Selat Johor kini diancam kepupusan, menyebabkan punca rezeki ratusan nelayan terjejas apabila pencemaran toksik didakwa sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.

 

Insiden pencemaran sungai di sekitar selat yang turut dikenali sebagai Selat Tebrau, menambah derita nelayan apabila sisa toksik didakwa dibuang dan dialirkan secara haram sejak sekian lama sehingga meracuni hidupan laut.

Bukan manusia sahaja yang perlu mengahadapai kesan negatif daripada isu gangguan bekalan air bersih, hidupan lain juga turut terjejas. Seperti, haiwan peliharaan, haiwan liar dan ternakan.

Ekosistem terganggu.

Kesihatan setempat juga merudum dan kemungkinan penularan penyakit berpunca dari sumber air yang tidak bersih juga boleh berlaku!

Photo by Lisa from Pexels

 

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Sentiasa aware dan cek air yang keluar dari paip rumah. Yang paling ketara adalah warnanya.

Cara Atasi

Masing-masing dah memiliki telefon pintar kan?! Jadi, manfaatkan penggunaan telefon pintar anda dengan FOLLOW jawatankuasa air di kawasan anda. Seperti di Selangor,KL dan Putrajaya, anda boleh FOLLOW PUSPEL SYABAS (@puspel) di laman social Twitter. Di situ, anda boleh dapati update harian dari mereka. Jika ada gangguan bekalan air atau pencemaran air, mereka juga akan update di situ. PUSPEL SYABAS mempunyai seramai 22.7k followers ! 

Dapatkan info dan sebarkan untuk kesedaran masyarakat setempat.

Salam Prihatin dari Wardahku.